Tuesday, April 12, 2011

Hikmah Baca doa sebelum makan


Betul ke kata-kata kita boleh mempengaruhi air? 

Dr Masaru Emoto, seorang ilmuwan Jepun, berpendapat demikian.
Dan dia ada bukti.

isuhangat

Dalam eksperimennya, Dr Emoto mengumpul titisan air, air tersebut di kenakan dengan berbagai kata, muzik, dan persekitaran, dan membekukan air tersebut selama tiga jam. Dia kemudian memeriksa formasi kristal di bawah mikroskop dalam bilik gelap. Dan dia mengambil gambar.

Hasilnya benar-benar mengejutkan.
Berikut adalah gambar air biasa tanpa doa (kata-kata yang baik) yang diucapkan di atasnya . Struktur molekul berterabur.

isu hangat

Foto di bawah ini adalah air selepas kata-kata yang baik di dalam hati (Saya kini merasakan kelebihan yang besar pada berdoa sebelum makan. Nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang ini.)

isuhangat

Dr Emoto juga mengenakan air dengan muzik Heavy Metal. Berikut adalah gambarnya.

isuhangat

Berikut pula air yang dikenakan muzik klasik dan muzik rakyat. Nampak jauh lebih baik, kan?

isuhangat
isuhangat

Selanjutnya, Dr Emoto menampalkan sekeping kertas dengan kata-kata: “Kau membuatku muak .. Aku akan membunuhmu” Berikut ini bagaimana titisan air beku kelihatan seperti di bawah mikroskop …

isuhangat

Di bawah ini adalah bagaimana air kelihatan seperti dengan kata-kata “Cinta” di atasnya. Perbezaannya amat menakjubkan.

isuhangat cinta

Ini adalah molekul kristal dari air yang tercemar …

isuhangat

Ini adalah air dari Lourdes, Perancis. Cantik, kan?

isuhangat

Tunggu sekejap -Adakah kita mempunyai air?

Ya! 72% tubuh kita terdiri dari air.

Bayangkan bagaimana kata-kata anda mempengaruhi tubuh anda sendiri. Apabila anda berkata, “aku memang sentiasa gagal” atau “aku putus asa,” atau “aku tidak akan sembuh,” bayangkan betapa kata-kata tersebut boleh melemahkan kesihatan anda.

Buatlah pilihan untuk mengucapkan kata-kata terbaik di luar sana. Katakanlah sering, “aku boleh” dan “Aku cantik” dan sebagainya.

Bukan hanya air.

Dr Emoto juga bereksperimen dengan nasi. Dia meletakkan satu cawan nasi dalam dua bekas kedap udara. Di satu bekas, beliau menulis, “Aku mencintaimu,” dan di bekas lagi satu, dia menulis “anda bodoh” Setiap hari selama 30 hari, Dr Emoto akan mengucapkan kata-kata tersebut kepada bekas beras tersebut.

Setelah 30 hari, “Aku mencintaimu” beras masih putih. Tapi “Anda bodoh” beras begitu busuk, warnanya hitam.

isuhangat

Admin : Kita selalu diajar untuk berdoa sebelum makan sejak kecil lagi. Doa makan biasanya doa yang pertama di hafal oleh anak kecil. Sekarang saya sedar, doa sebelum makan tu bukan hanya untuk mendapat pahala.

Erti doa makan:

“Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka”. Kemudia ,membaca bismillah (atas makanan yang dimakan).

Ketika kita berdoa sebelum makan , transformasi material berlaku pada peringkat molekul makanan yang kita berdoa. Islam itu bukan setakat kepercayaan sahaja tetapi memang satu cara hidup.

Monday, April 11, 2011

Petronas Primax 95 Xtra – minyak petrol terbaru berteknologi F1 dilancarkan



Kelmarin, Petronas Dagangan Berhad telah melancarkan minyak petrol terbaru keluaran syarikat dikenali sebagai Primax 95 Xtra bagi menggantikan petrol RON 95. Minyak petrol hasil pembangunan daripada teknologi F1 itu dikatakan sebagai lebih berkuasa, berprestasi unggul dan memberi lebih penjimatan dalam pemanduan. Lebih istimewa harga minyak itu dikekalkan pada harga lama iaitu RM 1.90 seliter.

 

Produk bahan api terbaharu daripada Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis meriah yang turut diserikan dengan konsert Twin Towers @ Live 2011 yang diadakan khusus untuk pemegang tiket perlumbaan Formula Satu (F1) di pekarangan Menara Berkembar Petronas di sini malam tadi. Minyak petrol Primax 95 akan menggantikan RON 95 di pasaran mulai hari ini di lebih 955 stesen minyak Petronas di seluruh negara.

p/s : Ini sudah bagus, harap-harap apa yang didakwa oleh Petronas itu betul, lebih jimat berbanding RON 95.

Formula 1 Grand Prix Malaysia Petronas 2011 – Sebastian Vettel juara, Lotus Renault GP menaiki podium buat kali kedua

 
Sebastian Vettel, penyandang juara tahun 2010 sekali lagi mengesahkan pendapat bahawa beliau adalah genius dalam perlumbaan Formula 1 masa kini apabila memenangi F1 Grand Prix Malaysia Petronas 2011 yang berlangsung petang tadi. Pemandu pasukan Red Bull Racing itu berjaya menaiki podium di tempat pertama buat kali kedua setelah berjaya melakukannya di Melbourne, Australia dua minggu lepas. Tempat kedua dimenangi oleh Jenson Button dari pasukan McLaren Mercedes, manakala pendatang baru Lotus Renault GP tidak menghampakan peminat tempatan apabila menghadiahkan kemenangan di Sepang dengan kejayaan pemandunya Nick Heidfeld yang berjaya menaiki podium di tempat ketiga. 
 

Namun seorang lagi pemandu Lotus Renault iaitu Vitaly Petrov gagal mengulangi pencapaian cemerlang di Melbourne tempoh hari apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 apabila terkeluar di pusingan ke-52 akibat terbabit dalam kemalangan. Namun kejayaan Nick Heidfel yang berjaya menaiki podium sudah cukup manis bagi pasukan Lotus Renault kerana berjaya membuktikan kemampuan jentera mereka, sekaligus menaikkan imej serta jenama Proton dan Group Lotus di mata dunia. Rakyat Malaysia turut merasa bangga akan kemampuan pasukan yang dimiliki oleh syarikat tempatan itu, apatah lagi kejayaan itu dikongsikan bersama di tempat sendiri.

Satu lagi pasukan yang mempunyai pertalian dengan Malaysia iaitu Team Lotus milik Tony Fernandes masih gagal menyerlah apabila pemandunya Heiki Kovalainen hanya berjaya meraih kedudukan di tempat ke-15 manakala seorang lagi pemandu mereka Jarno Trulli gagal menamatkan perlumbaan. Keghairahan Tony mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa mereka adalah pasukan yang membawa nama Malaysia sebenar akhirnya tidak mampu menghadiahkan kemenangan, sebaliknya dari segi moral pasukan Lotus Renault GP yang membawa imej Proton dan Group Lotus kian mendapat suntikan semangat serta sokongan padu peminat sukan permotoran tempatan.

Pasukan Mercedes GP Petronas juga masih gagal menyerlah di Litar Sepang namun pemandu mereka yang juga bekas juara dunia tujuh kali Michael Schumacher berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9, manakala seorang lagi pemandu Nico Rosberg hanya berjaya berada di tempat ke-12. Untuk mengikuti keputusan penuh perlumbaan F1 di Litar Sepang, anda boleh klik di sini. Kedudukan kejuaraan pelumba (Driver’s Championship) kini menyaksikan Sebastian Vettel mengungguli dengan 50 mata diikuti Jenson Button 26 mata, Lewis Hamilton dan Mark Webber masing-masing 22 mata, diikuti Fernando Alonso dengan 20 mata dan Felipe Massa 16 mata. Nick Heidfeld dan Vitaly Petrov masing-masing memperolehi 15 mata.

Beralih kepada kedudukan pengeluar, Red Bull Racing kekal memimpin di tempat pertama apabila memperolehi 71 mata diikuti McLaren Mercedes dengan 48 mata, Ferrari dengan 36 mata dan Lotus Renault GP di tempat ke-4 dengan 30 mata. Pasukan lain yang juga berjaya mendapat mata ialah Sauber dengan 6 mata, Scuderia Toro Rosso dan Force India masing-masing mendapat 4 mata, manakala Mercedes GP Petronas berada di kedudukan ke-8 kategori pengeluar dengan 2 mata yang diperolehi. Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Shanghai, China pada 15-17 April 2011.

p/s : Syabas diucapkan kepada pasukan Lotus Renault GP kerana sekali lagi mengulangi pencapaian cemerlang apabila berjaya menaiki podium buat kali kedua. Kemenangan tersebut bukan saja berjaya menaikkan kembali imej dan jenama Lotus, malah memberikan imej positif yang sangat baik terhadap Proton dan juga Malaysia.